Sabtu, 2 Mei 2009

tahun lembu

26 Januari tahun ini ialah Hari Tahun Baru China, iaitu perayaan tradisional yang paling meriah bagi rakyat China dan orang Cina di seluruh dunia. Bermula 26 Januari, kita telah masuk ke Tahun Lembu dengan rasmi. Pada pandangan orang China, lembu melambangkan semangat gigih, rajin, tidak takut akan kesukaran dan berani menghadapi cabaran. Justeru, lembu amat disukai oleh orang ramai di negara ini.
Pada perayaan ini, orang China telah menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan untuk menyambut kedatangan tahun baru ini dalam suasana yang meriah.
Sempena Tahun Baru China, muzium di pelbagai tempat telah menyediakan pameran yang menarik bagi para pengunjung. Antaranya, Muzium Ibu Kota, yang juga salah sebuah muzium yang paling besar di Beijing telah mengadakan dua pameran khas untuk mempamerkan adat dan tradisi menyambut Tahun Baru China serta budaya lembu. Antara barang pameran itu, termasuk beberapa banyak artifak yang berbentuk lembu.
Timbalan Kurator Muzium Ibu Kota, Puan Yao An memaklumkan:
"Dalam pameran ini, kami mempamerkan "budaya lembu" kepada orang awam. Contohnya peranan lembu dalam kehidupan manusia, sifat lembu yang gigih dan sebagainya."
Muzium Kesenian Kebangsaan China dan Persatuan Seni dan Kraf China telah bersama-sama mengadakan pameran untuk menyambut Tahun Lembu. Timbalan Kurator Muzium Kesenian Kebangsaan China, Encik Yang Bingyan memaklumkan:
"Kita manusia kita menghormati binatang yang sifatnya gigih dan rajin ini. Kami telah mengadakan pameran lembu ini untuk menyampaikan harapan yang baik kepada orang awam."
Pada tahun 2008, rakyat China telah menghadapi cabaran bencana salji dan air beku, bencana gempa bumi Sichuan, dan kejayaan Sukan Olimpik serta pelancaran kapal angkasa lepas Shenzhou VII. Pada tahun yang baru ini, rakyat China mengharapkan kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera.
Ketua Setiausaha Persatuan Seni dan Kraf China, Encik Wang Shan berpendapat, kalau kita hendak memilih sejenis binatang untuk menyampaikan harapan yang baik bagi masa depan, lembu adalah binatang yang paling sesuai. Kata beliau:
"Lembu adalah binatang yang melambangkan kekuatan dan keberanian ketika menghadapi cabaran. Dalam krisis kewangan sejagat ini, kita juga menaruh harapan yang baik pada lembu untuk pemulihan ekonomi."
Biasanya, sempena ketibaan Tahun Baru China, China menerbitkan setem yang bertemakan binatang lambang tahun itu. Baru-baru ini, setem yang bertemakan lembu telah diterbitkan. Pereka bentuk setem itu, Encik Chen Shaohua menyatakan bahawa beliau telah melukis gambar seekor lembu yang gagah untuk menunjukkan keazaman rakyat China untuk mengatasi kesukaran dan menyambut masa depan yang lebih cemerlang. Menurut beliau:
"Pada tahun lembu ini, kita semua mempunyai harapan yang baik. Saya berharap agar krisis kewangan dapat diatasi secepat mungkin."
Encik Bai Gengsheng, pakar kajian adat resam menyatakan bahawa pada tahun lepas, rakyat China yang gigih telah bersatu padu mengatasi banyak kesukaran. Jadi pada tahun lembu ini, rakyat China yang gigih dan sabar seperti lembu ini pasti dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
"Kita telah mengalami impak krisis kewangan sejagat pada tahun lalu. Kita akan berusaha seperti lembu untuk mengatasinya dan mencapai kejayaan." Kata Bai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan