Sabtu, 2 Mei 2009

A.C.A.B

Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.
Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajuk "A.C.A.B" yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya seperti "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, A.C.A.B. bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak yang diimport khas dari Kuala Lumpur.
Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Persembahan demi persembahan dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, arena ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.
Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan
EP yang pertama mereka yang berjudul "UNITE & FIGHT". Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP "Eastern Oi!" dan single "We Are The Skins".
Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ia terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.
Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ia menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh
Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.
Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band
Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!
Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.
Pada tahun
2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.
Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.

A.C.A.B ditubuhkan pada 1994

Kumpulan A.C.A.B. merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia. Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.
Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada
Oi! kepada rock indie.

Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono

tahun lembu

26 Januari tahun ini ialah Hari Tahun Baru China, iaitu perayaan tradisional yang paling meriah bagi rakyat China dan orang Cina di seluruh dunia. Bermula 26 Januari, kita telah masuk ke Tahun Lembu dengan rasmi. Pada pandangan orang China, lembu melambangkan semangat gigih, rajin, tidak takut akan kesukaran dan berani menghadapi cabaran. Justeru, lembu amat disukai oleh orang ramai di negara ini.
Pada perayaan ini, orang China telah menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan untuk menyambut kedatangan tahun baru ini dalam suasana yang meriah.
Sempena Tahun Baru China, muzium di pelbagai tempat telah menyediakan pameran yang menarik bagi para pengunjung. Antaranya, Muzium Ibu Kota, yang juga salah sebuah muzium yang paling besar di Beijing telah mengadakan dua pameran khas untuk mempamerkan adat dan tradisi menyambut Tahun Baru China serta budaya lembu. Antara barang pameran itu, termasuk beberapa banyak artifak yang berbentuk lembu.
Timbalan Kurator Muzium Ibu Kota, Puan Yao An memaklumkan:
"Dalam pameran ini, kami mempamerkan "budaya lembu" kepada orang awam. Contohnya peranan lembu dalam kehidupan manusia, sifat lembu yang gigih dan sebagainya."
Muzium Kesenian Kebangsaan China dan Persatuan Seni dan Kraf China telah bersama-sama mengadakan pameran untuk menyambut Tahun Lembu. Timbalan Kurator Muzium Kesenian Kebangsaan China, Encik Yang Bingyan memaklumkan:
"Kita manusia kita menghormati binatang yang sifatnya gigih dan rajin ini. Kami telah mengadakan pameran lembu ini untuk menyampaikan harapan yang baik kepada orang awam."
Pada tahun 2008, rakyat China telah menghadapi cabaran bencana salji dan air beku, bencana gempa bumi Sichuan, dan kejayaan Sukan Olimpik serta pelancaran kapal angkasa lepas Shenzhou VII. Pada tahun yang baru ini, rakyat China mengharapkan kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera.
Ketua Setiausaha Persatuan Seni dan Kraf China, Encik Wang Shan berpendapat, kalau kita hendak memilih sejenis binatang untuk menyampaikan harapan yang baik bagi masa depan, lembu adalah binatang yang paling sesuai. Kata beliau:
"Lembu adalah binatang yang melambangkan kekuatan dan keberanian ketika menghadapi cabaran. Dalam krisis kewangan sejagat ini, kita juga menaruh harapan yang baik pada lembu untuk pemulihan ekonomi."
Biasanya, sempena ketibaan Tahun Baru China, China menerbitkan setem yang bertemakan binatang lambang tahun itu. Baru-baru ini, setem yang bertemakan lembu telah diterbitkan. Pereka bentuk setem itu, Encik Chen Shaohua menyatakan bahawa beliau telah melukis gambar seekor lembu yang gagah untuk menunjukkan keazaman rakyat China untuk mengatasi kesukaran dan menyambut masa depan yang lebih cemerlang. Menurut beliau:
"Pada tahun lembu ini, kita semua mempunyai harapan yang baik. Saya berharap agar krisis kewangan dapat diatasi secepat mungkin."
Encik Bai Gengsheng, pakar kajian adat resam menyatakan bahawa pada tahun lepas, rakyat China yang gigih telah bersatu padu mengatasi banyak kesukaran. Jadi pada tahun lembu ini, rakyat China yang gigih dan sabar seperti lembu ini pasti dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
"Kita telah mengalami impak krisis kewangan sejagat pada tahun lalu. Kita akan berusaha seperti lembu untuk mengatasinya dan mencapai kejayaan." Kata Bai.

zaman 80an

Tahun 1980an telah membawa arah baru dalam arena politik dan cabaran ekonomi. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Hussein Onn pada 17 Julai 1981 telah mengambil langkah berani dengan mengembangkan dasar ekonomi dalam bidang industri berat seperti pelaksanaan projek kereta nasional, penapisan minyak dan perusahaan besi.

Perusahaan Kereta Nasional
Pada mulanya projek kereta nasional dijalankan secara usahasama di antara Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), HICOM Berhad, Mitsubishi Motors Corporation dan Mitsubishi Corporation. Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990

zaman 70an

Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri setelah persaraan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 22 September 1970. Perkembangan ekonomi yang dicapai pada tahun 1970an membolehkan pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, yang mengambil alih selepas kematian Tun Abdul Razak pada tahun 1976, mencapai tahap kemajuan yang membanggakan. Malaysia juga telah menggubal polisi luar negara yang lebih terbuka yang membawa kepada pembentukan Asean pada tahun 1967. Malaysia juga mengiktiraf negara komunis China pada tahun 1974 dan meletakkan Negara bersama negara-negara berkecuali dari dunia ketiga.

Dasar Ekonomi Baru telah diberi nafas baru di bawah teraju Tun Hussein Onn. Skim Amanah Saham Nasional mula diperkenalkan untuk membolehkan golongan bumiputera melabur di dalam pasaran saham. Saham Amanah tersebut diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad.

zaman prasejarah

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 kilometer di seberang Laut China Selatan.
Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400, yang merupakan tarikh yang kebiasaannya digunakan sebagai permulaan era sejarah negara. Namun, tempoh prasejarah yang panjang ini kurang mendapat perhatian kerana kebanyakan penulisan yang sedia ada tertumpu kepada kehebatan Melaka.

Kerja-kerja penyelidikan berkenaan sejarah awal di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu keadaan fizikal geografinya dan keadaan cuaca. Para penyelidik lebih cenderung menumpukan kajian mereka samada di Semenanjung atau pun di sekitar Sabah dan Sarawak sahaja, dan ini mengakibatkan hasil kajian yang tidak menyeluruh tentang tempoh prasejarah negara Malaysia. Keadaan cuaca yang begitu panas terik dan hutan hujan yang tebal tidak banyak meninggalkan artifak-artifak dari tempoh awal ini, selain daripada barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak tersebut, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Bukti terawal penempatan manusia di Sarawak adalah merupakan sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah, manakala bagi kawasan Semenanjung pula merupakan sebuah rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak. Artifak yang tertua adalah merupakan sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. Penemuan barangan gangsa dari Utara Vietnam membuktikan wujudnya pelayaran jarak jauh dan seterusnya menghasilkan hubungan perdagangan laut dengan penempatan lain di Asia Tenggara. Manik-manik daripada India yang ditemui di kawasan-kawasan Zaman Logam seperti di Kuala Selinsing (200 SM – 900 M) dan Changkat Menteri (1 – 800 M) di Perak adalah bukti terdapatnya juga hubungan dagangan dengan Asia Selatan.